Assalamualaikum wbt
Ertuğrul Frigate, 1890
Ertuğrul adalah nama kapal perang Kerajaan Turki Utmaniyyah yang mendarat di Yokohama pada Jun 1890 sempena lawatan persahabatan. Seramai 587 orang telah menyertai pelayaran ini, tetapi hanya 69 orang terselamat selepas Ertuğrul tewas dipukul taufan ketika perjalanan pulang di Wakayama-ken pada 16 Sep tahun yang sama. Peristiwa ini seterusnya membawa kepada pengislaman pertama warga Jepun, Shotaro Noda (seorang jurnalis) di Istanbul selepas turut serta dalam misi penghantaran pulang 69 orang yang terselamat tersebut. Nama Islam beliau adalah Abdul Haleem Noda. Ini adalah hubungan diplomatik pertama kerajaan Islam dan Jepun yang tercatat dalam lipatan sejarah.
Sungguh pun demikian, ada juga pandangan lain yang mengatakan hubungan Islam dan Jepun sebenarnya sudah pun bermula lebih awal lagi sejak kurun ke-8 dengan kewujudan perdagangan di Laluan Sutera (Silk Road).
Bagi yang berksempatan mungkin boleh melawat ke トルコ記念館 (Turkey Memorial Hall) di Kushimoto, Wakayama-ken yang didirikan bagi mengingati peristiwa tersebut.
Maklumat lanjut:
http://www.kumano-yorimichi.com/area8/torukokinenkan.html
Rujukan utama:
1. History of Islam in Japan (http://islamcenter.or.jp/en/history-and-publications/history-of-islam-in-japan/)
2. Islam in Minority Muslim Countries: A Case Study on Japan and Korea (http://idosi.org/wjihc/wjihc1(2)11/6.pdf)
3. "ERTUGRUL" FRIGATE (http://www.tr.emb-japan.go.jp/Japonya2010/eng/frigate.html)
4. Ottoman frigate Ertuğrul (http://en.wikipedia.org/wiki/Ottoman_frigate_Ertu%C4%9Frul)
Commenti